Tuesday 21 June 2011

keluarga bahagia..=)

ASSALAMMUALAIKUM...
salam ukhwah dari KRN UiTM Kedah..
_____________________

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"

hah! ttbe kann....? 
haa..KELAB RUKUN NEGARA..
ramai orang salah pandang kt kelab nieyh..
KELAB RUKUN TETANGGA lahh..
grrr...
kgkadang tersentap jgak!
tapi..
kami trima jew..
maybe nieyh first step nk bekenalan ngn community!
berat kan tugas kami?
hahax..biasa lah...
WHERE THE LEADERS ARE BORN?? HERE!
*semangat mao ada...

okieyh..sbelom bcerita pnjang.,meh kta bkenalan ngn smua MT, EXCO, and AJK hari ini.

dsebabkan tadew gmbar sorang2..so, nieyh laaa yg mmpu.

*family KRN

*yg bulat2 tuh MT2 skarang

*presiden ensem! (ampun boss)

*teruna KRN

*dara KRN

ekceli,gmbaq2 nieyh kami bru shoot ptg tadi..
mlanya da meeting.,pastuh baru snap2..
bila kami MEETING,
ceniey aer...

*listen, n focus

*penting k!

*kami adeq bradeq

*bila ktua ckap,kami dengar

*happy family..=)

haa...
suka???
suka takkk??!
wajib suka k..hehe
joking k...kami satu kluarga.
mngamalkan sikap saling hormat menghormati.
KELAB RUKUN NEGARA nieyh bukan satu kelab yang NERD?! SKEMA?!
NO k...
kami enjoy kami punya aktiviti..
aktiviti yang MEMBIINA;
-semangat ukhwah
-semangat berjuang
-semangat bersama

bagi ahli2 baru sekalian.,
jgn ragu2..plihlah KRN sbg KELAB anda krna di sini lahirnya seorang pemimpim!
"WHERE THE LEADERS ARE BORN"

salam ukhwah...
kelabrukunnegarauitmkedah

Wednesday 15 June 2011

Sejarah Penubuhan Kelab Rukun Negara







Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah hasil saranan mantan Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri). Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara bertarikh 16 November 2000 yang diedarkan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Berdasarkan surat pekeliling tersebut, Bahagian Pendidikan Guru berusaha merealisasikan penubuhan Kelab Rukun Negara di setiap Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi merealisasikan hasrat tersebut. (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

Adalah diharapkan penubuhan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi berupaya memberi pendedahan kepada seluruh warga institusi terutamanya golongan pelajar tentang prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dan budaya hidup seharian.